Saturday, February 25, 2012

Kerjaya Aeroangkasa : Penetrasi Kerjaya Diidamkan...


From :xixxxx_xxxxx@yahoo.com.my

salam, thank saudara awaneer sebab reply kat chat box, so that i get your email id..

lepas saya baca blog saudara, i know you the right person for me to ask a question and dapatkan nasihat..

hope saudara sudi untuk memberi tunjuk ajar kepada saya..

saya graduan UPM jurusan aerospace engineering..grad tahun 2008..sampai sekarang blum berpeluang tuk bekerja dalam bidang saya ambil nie..maybe because of my cgpa, its below x.x.

tahun 2010 saya ambil course ndt ( magnetic particle testing dan penetrant testing, dengan tujuan tuk melayakkan lagi saya kerja dlm bdg nie..

tapi still tak dapat menbantu saya dapatkan kerja. now umur saya dah 29 years old dan sudah berkahwin. saya risau dgn umur saya skrng, peluang tuk dptkan kerja dalam bidang nie akan semakin kurang..

kalau bleh saya nak minta khidmat nasihat dari saudara awaneer, masih ada peluang ke untuk saya dalam bidang engineering nie...

thanks sebab saudara sudi meluangkan masa membaca email dari saya..

XXXXX,
017xxxxxxxx

Jawapan :

Salam saudara;

Saya pun tak rasa saya layak nak bagi apa2 nasihat. Tapi untuk tidak menghampakan saudara saya akan cuba menjawab sedaya upaya. Ok macam ni,

1.Jangan sesekali letakkan CGPA sebagai asas rezeki. Memang ianya sebagai salah satu sebab musabab tapi kena ingat Allah itu maha kaya untuk memberi rezekinya tanpa memerlukan kepada sebab musabab. Saya letakkan ini sebagai nombor satu untuk saudara kerana inilah puncanya rezeki atau cita2 sesetengah orang terkandas... Salah programming dalam otak dan hati akan menarik perkara2 negatif. Ramai saja pelajar2 yang lulusan universiti luar negara dengan CGPA power tapi hampas bila bekerja... Ada juga orang yang berkelulusan sijil tapi mempunyai skill yang tiada galang ganti. Ingat rezeki kita dan segalanya diuruskan Allah yang tiada pernah mengantuk atau tidur... Bukannya kita iaitu makhluk.

2. Minat. Inilah aset utama saudara. Dengan minat yang bersertakan keyakinan seperti nombor satu di atas insyaAllah dipermudahkan. Ada orang yang hanya berkelulusan sijil sahaja tetapi mempunyai minat yang mendalam berupaya maju kehadapan tanpa disangka-sangka.

3. Pasrah atau redha dengan segala ketentuanNya. Inilah yang membezakan orang beriman dengan yang kurang beriman atau tidak beriman setelah perkara 1 dan 2 dilaksanakan. Allah mengetahui apa yang baik bagi hamba2Nya.

4. Bab NDT ni... Yang saya tahu ada pasaran2 tertentu. Contohnya dalam Aerospace lebih kepada pengetahuan dalam C Scan, A scan and B scan. X ray juga mempunyai pasaran yang agak luas. Dye penetrant ni kalau tak silap lebih kepada pasaran Military type aerospace for metallic. Composite tak berapa nak guna sangat dye penetrant ni sebab lebih kepada pre inspect dan tak boleh guna untuk buy off. NDT juga ada level2 tertentu contohnya Level 1, 2 and 3 di mana level 3 adalah tertinggi... Tapi kalau ikut cerita ada juga level 4, 5 sampai 7 pon ada. Tetapi level 3 ni pun sangat jarang2 di Malaysia ini... boleh kira dengan jari dalam bidang Aerospace ni. Exam dia pon boleh tahan menikam otak... hehe... Lebih lanjut kena tanya pakar2 NDT ni.

5. Networking. Jika tak dapat syarikat2 yang besar, bermulalah drpd syarikat2 kecil kemudian dapatkan experience agar dikenali. Develop specific skill dalam certain area dan jangan lompat2. Setiap bidang dan area ada disiplin masing2 yang perlu dikuasai.

Akhir kalam tanamkan keyakinan dalam diri kepada yang empunya diri dan jangan berputus asa. :)

Adios.
Awaneer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...