Saturday, February 25, 2012

Kerjaya Aeroangkasa : Penetrasi Kerjaya Diidamkan...


From :xixxxx_xxxxx@yahoo.com.my

salam, thank saudara awaneer sebab reply kat chat box, so that i get your email id..

lepas saya baca blog saudara, i know you the right person for me to ask a question and dapatkan nasihat..

hope saudara sudi untuk memberi tunjuk ajar kepada saya..

saya graduan UPM jurusan aerospace engineering..grad tahun 2008..sampai sekarang blum berpeluang tuk bekerja dalam bidang saya ambil nie..maybe because of my cgpa, its below x.x.

tahun 2010 saya ambil course ndt ( magnetic particle testing dan penetrant testing, dengan tujuan tuk melayakkan lagi saya kerja dlm bdg nie..

tapi still tak dapat menbantu saya dapatkan kerja. now umur saya dah 29 years old dan sudah berkahwin. saya risau dgn umur saya skrng, peluang tuk dptkan kerja dalam bidang nie akan semakin kurang..

kalau bleh saya nak minta khidmat nasihat dari saudara awaneer, masih ada peluang ke untuk saya dalam bidang engineering nie...

thanks sebab saudara sudi meluangkan masa membaca email dari saya..

XXXXX,
017xxxxxxxx

Jawapan :

Salam saudara;

Saya pun tak rasa saya layak nak bagi apa2 nasihat. Tapi untuk tidak menghampakan saudara saya akan cuba menjawab sedaya upaya. Ok macam ni,

1.Jangan sesekali letakkan CGPA sebagai asas rezeki. Memang ianya sebagai salah satu sebab musabab tapi kena ingat Allah itu maha kaya untuk memberi rezekinya tanpa memerlukan kepada sebab musabab. Saya letakkan ini sebagai nombor satu untuk saudara kerana inilah puncanya rezeki atau cita2 sesetengah orang terkandas... Salah programming dalam otak dan hati akan menarik perkara2 negatif. Ramai saja pelajar2 yang lulusan universiti luar negara dengan CGPA power tapi hampas bila bekerja... Ada juga orang yang berkelulusan sijil tapi mempunyai skill yang tiada galang ganti. Ingat rezeki kita dan segalanya diuruskan Allah yang tiada pernah mengantuk atau tidur... Bukannya kita iaitu makhluk.

2. Minat. Inilah aset utama saudara. Dengan minat yang bersertakan keyakinan seperti nombor satu di atas insyaAllah dipermudahkan. Ada orang yang hanya berkelulusan sijil sahaja tetapi mempunyai minat yang mendalam berupaya maju kehadapan tanpa disangka-sangka.

3. Pasrah atau redha dengan segala ketentuanNya. Inilah yang membezakan orang beriman dengan yang kurang beriman atau tidak beriman setelah perkara 1 dan 2 dilaksanakan. Allah mengetahui apa yang baik bagi hamba2Nya.

4. Bab NDT ni... Yang saya tahu ada pasaran2 tertentu. Contohnya dalam Aerospace lebih kepada pengetahuan dalam C Scan, A scan and B scan. X ray juga mempunyai pasaran yang agak luas. Dye penetrant ni kalau tak silap lebih kepada pasaran Military type aerospace for metallic. Composite tak berapa nak guna sangat dye penetrant ni sebab lebih kepada pre inspect dan tak boleh guna untuk buy off. NDT juga ada level2 tertentu contohnya Level 1, 2 and 3 di mana level 3 adalah tertinggi... Tapi kalau ikut cerita ada juga level 4, 5 sampai 7 pon ada. Tetapi level 3 ni pun sangat jarang2 di Malaysia ini... boleh kira dengan jari dalam bidang Aerospace ni. Exam dia pon boleh tahan menikam otak... hehe... Lebih lanjut kena tanya pakar2 NDT ni.

5. Networking. Jika tak dapat syarikat2 yang besar, bermulalah drpd syarikat2 kecil kemudian dapatkan experience agar dikenali. Develop specific skill dalam certain area dan jangan lompat2. Setiap bidang dan area ada disiplin masing2 yang perlu dikuasai.

Akhir kalam tanamkan keyakinan dalam diri kepada yang empunya diri dan jangan berputus asa. :)

Adios.
Awaneer

9 comments:

  1. assalamualaikum,,, sya nk tnya ckit.. sya bru ja lps spm n rsult sya 2 kira ok la jgak.. sya bminat sgt dgn bidang pnerbangan ni,, ya nk tnya, apa beza kejuruteraan aeroangkasa n kejuruteraan aeronautikal.. tq..

    ReplyDelete
  2. As'salam faris.... Kejuruteraan aeroangkasa ini merangkumi penerbangan aerodinamik(kapal terbang,helikopter, belon) dan penerbangan non aerodinamic (cth : satellite,roket, kapal angkasa). Tetapi kejuruteraan aeronautik hanya kepada penerbangan aerodinamik. Jika nak lengkap dan luas skop ambil kejuruteraan aeroangkasa sebab teknologi sekarang semakin mengadaptasi segala ruang2 teknologi. Contohnya kapal terbang sekarang dilengkapi pemanduan berpandukan gps(satellite). Pilih juga minat bahagian apa? Jika lebih kepada design maka carilah universiti yg menawarkan kursus design yang konpreshensif menggunakan CATIA, FE, Fluid dynamic(cth USM dan UPM).... Jika minat bahagian baiki2 dan manufacture kapal terbang pilih aeronautic sahaja (Cth UTM dan MIAT). harap membantu..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,

    abg sy bru lps grad dlm bidang aerospace dr uia,
    dh hampir 6bln dia tamat belajar.dia dh 26thn,dia skrg dlm keadaan yg sgt stress coz xdpt kerja sbg engineer yg diidamkan n buatkan mak ayah sy susah hati.mostly banyak company yg dia pergi semua nak yg experience.mcm mn plak dgn fresh graduate,sampai ke sudah xakan dpt keja plus dlm bdg engin aero ni, sy sbg adik pon susah hati tambah plak abg sy anak sulung,2 kali dia pernah naik bus ke tgnu n rupa2nya cmpny tu nak yg experince je,sy sedih dgn situasi ni

    ReplyDelete
  4. Cik Momo... Dalam bidang engine aero? Hmmm kalau dlm bidang engine aero ni saya mmg suggest pergi sambung master lagi baik sebab peluang pekerjaan di Malaysia masih terhad.. saya ada dengar rolls royce ada buka cawangan pengurusan di KL tp bukan untuk engineering. Rolls royce juga ada di singapore.

    Kalau dalam bidang airframe aeroangkasa agak byk peluang pekerjaan samaada dlm bidang manufacturing, design atau MRO.
    Dalam manufacturing boleh cuba syarikat seperti CTRM AC di Melaka, Spirit aero di subang atau ACM di Kedah. Kalau dalam design boleh cuba Strand aerospace damansara, CTRM AC atau Spirit subang.

    Bidang MRO agak banyak di Subang... Boleh cuba Eurocopter, MAS Engineering... di Sepang juga ada SAE (Sepang Aircraft Engineering) own by EADS.

    Saya tak kenal abang cik... tapi cuba check mana2 yang kurang sebelum interview... Mungkin kurang keyakinan, personaliti kurang menarik, tidak menunjukkan semangat dan minat yang tinggi atau lain2.

    Yang penting mesti... mesti... berfikiran positif... dalam Islam ini dinamakan bersangka baik kepada Allah.

    Usahalah secara zahir : cari kerja, kenalan, perbaiki CV, perbaiki perwatakan

    Usaha secara batin : Berkeyakinan, positif thinking, doa, solat hajat, merayu kepada Allah, zikir lidah dan hati, amal istighfar, tasbih nabi yunos, solat taubat ;

    kadang2 ada dosa yg menyekat rezeki kita... muhasabah...muhasabah... contoh check hati... adakah kita benar2 yakin rezeki itu drpd Allah? atau makhluk? Ada orang dia berkeyakinan interviewer itu yg memberi mereka kerja.. ini salah... salah... salah fatal.. Bukan majikan yg bagi kita kerja tp Allah... Allah... Allah.

    Ada orang fikir pointer yg tinggi itulah memberi mereka kerja... ada orang fikir sebab dia pandai bercakap lah dia dpt kerja... itu semua zahir usaha bukan hakikat..

    Betulkan benda ni dalam hati... penting3..InsyaAllah cahaya drpd Allah akan bersinar membungkus diri menyebabkan perjalanan diri dipermudahkan.

    InsyaAllah saya doakan

    ReplyDelete
  5. Thanks.
    InsyaAllah sy akan usulkan hal ni kpd abg sy :)

    ReplyDelete
  6. hai, saya nak tnya pasal NDT ni kan. klau sy xambil apa2 method lagi. boleh ka sy trus nak ambik ultrasound method? and if sy nak ambik exam, sy kena kumpul work schedule dulu ka?

    ReplyDelete
  7. Hai puteri .. sape2 pun boleh bljr ndt ni .. sblm ni pun sya xde experience dpm ndt ni tp sya dh ambik magnetic particle testing level 2 .. sya cdgkn kalau saudari nk amik ndt ni amik di mindt bandar sri damansara .. kt sni byk advantage la dri tmpt2 lain .. pasal exam tu tk prlu work schedule pon .. pass exam dlu , then cri kerja baru collect work schedule .. untk ultrasonic xslp work schedule prlu 12 bln utk claim certiface yg mngtakan saudari ad experience ..

    ReplyDelete
  8. Hai puteri .. sape2 pun boleh bljr ndt ni .. sblm ni pun sya xde experience dpm ndt ni tp sya dh ambik magnetic particle testing level 2 .. sya cdgkn kalau saudari nk amik ndt ni amik di mindt bandar sri damansara .. kt sni byk advantage la dri tmpt2 lain .. pasal exam tu tk prlu work schedule pon .. pass exam dlu , then cri kerja baru collect work schedule .. untk ultrasonic xslp work schedule prlu 12 bln utk claim certiface yg mngtakan saudari ad experience ..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...