Saturday, June 6, 2020

Amalan zahir dan batin - Amalan hati dan yasin

By : pang5

Tetiba rasa nak jadi ustaz pulak. Sebenarnya dah lama rasanya nak menulis sekadar untuk beri peringatan. Mana tahu boleh jadi bekalan di akhirat sana.

Saya ingin berkongsi beberapa amalan yang saya sendiri amalkan dan alhamdulillah saya merasai kesannya sehingga kini. Ramai yg membaca blog buruk saya ini terutama peminat2 aeroangkasa.

Sebenarnya untuk menempuh alam kerjaya, usaha zahir dan batin adalah perlu untuk memperoleh bantuan2 ghaib drpd Allah SWT. Orang2 dahulu pesan kalau nak merantau penuhkan ilmu di dada dulu. Di dalam menempuh alam kerjaya ini saya menemui orang putih, orang hitam, orang korea, orang jepun, orang china, india, orang dengki, hasad, poyo, bangang, bodo dan mcm2 lagi.

Sekiranya batin kita kosong drpd amalan maka kita akan mudah terpengaruh dengan gejala2 negatif drpd pembawaan makhluk2 yg kita jumpai dan seterusnya mengganggu kelancaran urusan dan mungkin menjejaskan kerjaya kita.

Alhamdulillah masa muda saya dahulu byk menuntut ilmu2 pakaian ghaib ini dan memudahkan saya berurusan dengan makhluk2 yg Allah jadikan ini.

Daripada byk2, cukup ketahui dan amalkan 2 ini dahulu :

1. Ilmu hati - Anggap tiada daya dan upaya melainkan drpd Allah. Anggap apa yg tercapai atau tak tercapai oleh pancaindera kita pada hakikatnya tidak wujud melainkan Allah. Cth :

- Bila jumpa mamat badan taugh dan kuat, anggap mamat tu hanyalah bayangan drpd Allah yg diwujudkan tanpa ada kekuatan yg mamat tu miliki melainkan drpd Allah belaka.

- Boleh guna konsep yg sama bila dinterbiu... anggap saja siapa yg interbiu kita tiada apa2 kuasa. Yg akan ambil kita kerja hanya Allah.

- Sama juga konsepnya bila berhadapan dengan bos atau orang besar atau orang bawahan. Anggap mereka tiada kewujudan secara hakikat, hanya zahir bayangan yang wujud.

Konsepnya mudah kalau difahami dengan betul. Kita pada hakikatnya tidak wujud. Makhluk2 pada hakikatnya tidak mempunyai kewujudan mutlak. Hanya Allah yang wujud, berdiri dengan sendiri dan baqo'. Jadi kenapa gundah/takut dengan sesuatu yang pada hakikinya tidak wujud dan tidak memberi bekas?

2. Baca Yasin pada waktu pagi - Sebelum/selepas subuh. Amalan ini saya amalkan selama bertahun2 sehingga saya rasa saya terasa keberatan atau takut keluar pagi kalau belum melaksanakan. Kalau rajin cari hadith ttg amalan ini. Saya taknak jadi ustaz plak kat sini. Khasiatnya sangat byk. Senang cerita amalan ini akan menjadi sebab segala urusan kita dipermudahkan / dicukupkan Allah drpd pagi sampai ke petang. Paling baik amalkan juga lepas maghrib tapi sebab kita biasanya tiada urusan pd waktu malam maka baca waktu pagi pun dah cukup. Sila istiqamah dengan amalan ini sehingga jadi darah daging. Tanda2 amalan tu dah jadi darah daging ialah kita sangat susah nak tinggalkan bila kita tgh malas tahap gaban. Itu tanda amalan dah meresap dalam diri dan setan2 pon byk dah give up dengan anda.

cara2 : Niat hadiahkan bacaan jika ada pahala kpd junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat baginda, wali2 Allah, kedua ibu bapa (samaada hidup atau mati) dan org2 beriman yang telah mendahului kita. Fatihah 1 x ...... kemudian selawat 11 x. Baru baca yasin. (1 x dah cukup) - Total masa amalan ni dlm 10 minit jer. Kalau pemalas mmg aku tak tau nak cakap apa ler.

InsyaAllah anda akan merasai perubahan hidup anda jika anda istiqamah dengan amalan hati dan yasin ini. Kalau rasa ragu2 yang amalan ni bidaah ke apa ke, terpulang tiada siapa yang paksa. Sila jangan komen utk apa2 perdebatan. Jika yakin sila amal.

Ikutlah orang yang berpesan tanpa mengharapkan apa2 balasan duniawi.... yang ini ada maksud dlm yasin boleh cari.

Semoga berjaya dunia akhirat.

pang5



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...