Showing posts with label Airbus. Show all posts
Showing posts with label Airbus. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

Peperangan Airbus-Boeing : Ditentukan Asia Tenggara?

Oleh : Awaneer

Saya agak terkejut dengan perubahan polisi oleh American Airlines yang memecah tradisi dengan menempah 260 kapal terbang Airbus (Baca : European aircraft maker) berbanding 200 kapal terbang Boeing(Baca : American aircraft maker). Perubahan ini bukan sahaja mengejutkan Boeing malah Airbus sendiri yang tidak menyangka akhirnya ego American airlines yang berpolisi menempah dengan Boeing secara sehala selama 15 tahun berjaya ditundukkan.

Airbus dikatakan berjaya memujuk American Airlines dengan kontrak terbesar dalam sejarah ini melalui inovasi A320 Neo yang lebih mesra alam (Baca : lebih menjimatkan minyak). Sejak beberapa tahun lepas, Airbus dan Boeing berperang mencari solusi untuk mentune enjin kapal terbang agar lebih jimat minyak di antara 5-10 %. Walaupun 5 % dianggap sedikit, namun di dalam dunia yang semakin kompetetif ini angka itu dianggap hidup atau mati bagi sebuah Airlines dalam 20 tahun akan datang. Katakanlah tipikal Airlines membelanjakan hampir 10 billion USD untuk minyak setahun, maka untuk 20 tahun ialah 200 billion... penjimatan 5 % bermakna 10 billion USD dapat dijimatkan!

Penjimatan juga bermakna harga tiket yang lebih murah dapat diberikan kepada pengguna... peperangan merebut pengguna ini sangat sengit dan kompetetif. Walaupun hanya berbeza tiket 5%, bayangkan berapa banyak pelanggan yang akan beralih arah? Pelanggan beralih arah bermaksud kematian bagi sesebuah Airlines.

Peranan Asia Tenggara :

Asia Tenggara dikatakan juara di dalam penerbangan tambah murah dan middle class dan dijangka mendominasi pasaran dalam segmen berkenaan dalam 20 tahun mendatang. Sebut sahaja Air Asia, satu dunia tahu tentang jenama tersebut yang menjadi juara kelas tambang murah. Lebih menakutkan pesaingnya, Air Asia dikatakan perlahan-lahan ingin menembusi pasaran middle class dan Full service carrier melalui Air Asia-X.

Lion air yang berpengkalan di Indonesia melakukan kejutan pasaran dengan menempah 230 pesawat 737 daripada Boeing baru-baru ini. Ini pastinya memberikan kelegaan kepada Boeing yang sebelum ini kehilangan tempahan daripada American Airlines.

Asia Tenggara sebagai sebuah kuasa ekonomi dunia yang giat berkembang seharusnya mengambil kesempatan ini dengan manjadi play maker dan bukan sekadar customer. Kita mempunyai resource yang besar, duit yang banyak, rakyat berjuta-juta...

Pemimpin-pemimpin perlu bijak melakukan pertukaran teknologi dengan setiap tukaran dagangan yang dilakukan. Contohnya jika Malaysia Airlines atau Air Asia membeli 100 pesawat Boeing atau Airbus, pertukaran teknlogi dengan syarikat tempatan perlulah dilakukan... contohnya pakej pemasangan part-part pesawat dan pembuatan komposit. Dengan ini, kita boleh menunjukkan kuasa kita selaku customer. Pastikan pembelian dilakukan dengan memastikan Boeing dan Airbus kekal bersaing secara sihat. Kita tidak mahu melingkupkan salah satu dan kemudiannya ia pula mendominasi pasaran.

Asia tenggara dikatakan adalah kawasan terkaya di muka bumi ini jika ianya diurus dengan baik oleh pemimpin yang baik-baik. Malah Malaysia juga dahulunya pernah digelar the Golden Chersonese iaitu Semenanjung Emas!

Beritahu saya di mana tempatnya di dunia ini yang tanahnya boleh ditanam apapun sepanjang tahun ? Buminya dilindungi daripada gempa bumi yang meragut nyawa? Tiada dikenakan puting beliung dan taufan pada skala besar? Hutan yang dipenuhi pelbagai sumber? Setiap bulan atau setiap minggu adanya hujan? Tiada kemarau berpanjangan? Sumber petroleum yang banyak? Dikelilingi laut yang banyak sumber?

Tempat mana yang di dalam dunia ini yang anda boleh tidur tanpa selimut? Boleh keluar malam makan kedai mamak pakai singlet tanpa baju tebal? Boleh jumpa sumber air seperti sungai dan mata air dengan senang? Bumi yang panasnya dan sejuknya tidak memudaratkan? Bumi yang boleh dilihat menghijau?

Sepanjang perantauan saya tuan-tuan dan puan-puan;

Bumi itu adalah bumi yang didoakan oleh para wali Allah sejak dahulu iaitu Malaysia atau secara amnya Nusantara.

Sudah masanya tanah ini untuk menguasai dunia. Berikan amanah itu kepada yang berhak, insyaAllah perkara ini akan menjadi kenyataan.

Tuesday, May 10, 2011

The A320 New Engine Option

From : airbus.com
By : Awaneer

Airbus finally re tune the most popular model in Airbus Family the A320 to A320Neo. Sounds cool. But the model actually only give some changes to engine combustion system to be more efficient and eco-friendly.

Picture from : airbus.com

A320 surely in its own class compare to others in the family and definitely will have a very bright future for at least 10-12 years to come before any replacements made.

Viva A320!

Read the rest of the hot story from : http://www.airbus.com/presscentre/hot-topics/a320neo/

Airbus’ A320 aircraft family – which is recognised worldwide as the benchmark single-aisle jetliner product line – will be even more fuel-efficient and eco-friendly with a new engine option now being offered to customers.

Designated the A320neo, this option provides the minimum change with maximum benefit for the best-selling A319, A320 and A321 through the availability of two new jet engine choices – CFM International’s LEAP-X and the PW1100G PurePower from Pratt & Whitney – along with the use of Airbus’ large Sharklets wing tip devices.

Improvements with the A320neo include a 15 per cent reduction in fuel consumption, two tonnes of additional payload, up to 500 nautical miles of more range, lower operating costs, along with reductions in engine noise and emissions.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...