Tuesday, May 6, 2014

Kerjaya Aeroangkasa : Membina Profil

By : pang5

Keyword : Developing your profile / membina profil

Ramai graduan-graduan atau pencari pekerjaan mengalami salah faham yang kronik tentang proses pengambilan pekerja. Mereka menyangka mereka sepatutnya diambil bekerja sekurang-kurangnya atas faktor berikut :

1. Belajar di Universiti luar negara atau ternama.
2. CGPA yang mengancam.
3. Internship di syarikat2 ternama.
4. Mendapat training2 yang terbaik.
5. Macam2 lagi....

Semua itu betul tetapi bukanlah kemestian bagi sesuatu syarikat itu untuk mengambil pekerja berdasarkan penilaian tersebut. Ramai yang masih keliru tentang pembinaan profil yang agak penting di dalam sesuatu proses pengambilan pekerja. Bagi sesebuah syarikat, mereka mengambil pekerja dengan cara 'profile matching' iaitu beberapa ciri yang dikehendaki seperti 'set of skill', 'set of soft skill', 'set of knowledge', social skills, emotional quotient, Intelligent quotient dan sebagainya.

Katalah untuk suatu pekerjaan contohnya Stress Engineer memerlukan profil pekerja seperti berikut :

1. IQ yang tinggi. (>60%)
2. EQ yang tinggi. (Konsisten)
3. Kemahiran matematik yang above par (>70%)
4. Pengalaman di dalam design office. (>2 years)
5. Boleh bekerja lebih masa.
6. Minat menyelesaikan masalah yang rumit.
7. Social skills (Sederhana)

Semua elemen2 di atas akan ditapis di resume/CV dan akan seterusnya diuji sewaktu interview. Perhatikan yang elemen2 di atas bukanlah hendak semuanya tip-top tetapi lebih kepada padanan profil anda match dengan profil yang majikan kehendaki. Bukan semua majikan hendakkan pekerja yang CGPA 3.5 dan bukan semua majikan yang menolaknya. Bukan semua position perlukan soft skills yang tinggi mungkin hanya perlukan sedehana sahaja. Bukan semua position memerlukan orang yang terlalu details pemerhatiannya.

Jika anda memahaminya maka fahamlah anda ungkapan yang selalu disebut 'rezeki masing-masing'.

Sebab itu para graduan dan pencari pekerjaan adalah disarankan agar muhasabah dahulu diri tentang kekuatan dan kelemahan diri. Kemudian lakukan self profiling dan terjemahkan di dalam resume dan CV. Pilih pekerjaan berdasarkan kemampuan yang ada dan juga minat yang mendalam. Jangan sesekali menipu diri sendiri dan cuba menjadi orang lain yang akan menyebabkan anda tersekat di kemudian hari.

Jangan sesekali ada niat hendak menipu ketika interview. Cuba berlaku jujur dan jadi diri sendiri kerana jika profil yang dikehendaki majikan itu match dengan diri kita, yang untung adalah kita sendiri. Jika tidak dapat itu tandanya profil kita tidak match.

Kadang2 kita sangat meminati suatu pekerjaan dan ingin memilikinya tetapi kita sebenarnya tiada kemampuan memikulnya. Bersyukurlah kepada Allah SWT jika tidak memiliki apa yang kita kehendaki kerana itu mungkin adalah yang terbaik buat kita.

Bagi graduan, binalah profil perlahan2 dengan menyertakan minat dan kajian terhadap suatu jenis pekerjaan tetapi bersederhanalah.

Bagi yang baru memulakan pekerjaan sila ambil latihan2 yang disediakan syarikat dengan serius kerana ia sangat membantu di dalam pembinaan profil pekerjaan. Jangan takut mengambil peluang dengan berpindah ke department2 baru atau membina skill2 baru. Pandang sesuatu dalam skop horizon yang lebih luas.

Binalah jaringan/networking melalui kemahiran bersosial. You'll never know who will help you in the future.

Jangan terlalu bergantung kepada jobstreet.(terlalu ketinggalan)

Untuk worldwide recognition disarankan menggunakan Linkedin. (lebih advanced)

Catit setiap latihan/training yang diambil dan letakkan di CV. Tulis secara ringkas tetapi padat contoh :

  • Engineering Structure - Basic Metallic - Airbus Toulouse, France -March 2014
  • Engineering Structure - Advanced Metallic - Airbus Toulouse, France -March 2014
  • Engineering & Maintenance Process Communication - April 2014
  • Structural Repair Training - Eurocopter, Malaysia -June 2012
  • Configuration Management - Verify - August 2011
  • Performance Appraisal - Nelson -December 2011

Nasihat untuk siapa2 yang akan menempuhi kerjaya aeroangkasa ialah jangan cari musuh. Dunia aeroangkasa ini sangat kecil dan peluang untuk kita bertemu semula dengan orang yang kita benci sangat tinggi.

If you really hate a person just ignore him and just keep smiling.... it will not hurt you more..just don't let your life miserable and waste your time just because a person who didn't even deserve to take your most valuable time and feelings.... Spend it to your family and your love ones will be much better.

Merci.
pang5

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...