Sunday, December 18, 2011

Kerjaya Aeroangkasa : Yang perlu anda tahu.

By : awaneer

Artikel ini bertujuan untuk memberi sedikit sebanyak info kepada graduan-graduan tempatan terutamanya dalam menceburi bidang berkaitan aeroangkasa ini. Saya juga mengharapkan feedback daripada anda semua yang boleh menjadi jambatan bagi kita untuk saling bantu membantu dalam bidang yang penuh cabaran ini.

Saya sendiri adalah local grad daripada fakulti kejuruteraan USM dalam bidang Aerospace major in Technology Satellite. Pelikkan? Major dalam Technology Satellite tapi kerja dalam bidang aeronautik. Hehe sebenarnya itulah yang perlu kita terima dalam dunia pekerjaan. Tapi bukan lari jauh pun, major tu cuma bermaksud kita belajar lebih sikit dalam bidang kita major tapi bidang aeronautik pun kita belajar juga.

Mula-mula saya bekerja sebagai stress engineer dalam design department dalam projek A380 FLELP dan A400M package. Kemudian dalam 2 tahun saya menceburi bidang manufacturing dalam advanced composite sebagai Composite Repair Engineer sehingga sekarang. Composite Repair adalah satu bidang yang masih rare dalam pasaran Malaysia terutamanya repair bahagian advance composite manufacturing. Dalam bidang ini saya terdedah dengan pelbagai jenis customer drpd seluruh pelusuk dunia contohnya : Airbus, Airbus Military, Goodrich, Sonaca, Boeing, KAL, Eurocopter.

Dalam beberapa tahun akan datang ini saya akan menceburi bidang baru yang lebih mencabar iaitu MRB : Material review board. MRB ini sebagai signatory holder yang boleh memberikan disposition bagi cara-cara repair bagi sesuatu part. MRB ini memerlukan pengalaman dalam bidang Stress + Design +Manufacturing + Repair.

Namun yang cuma saya terkilan ramai engineer-engineer kurang berminat mencebur diri dalam bidang composite repair mahupun stress. Padahal bidang ini jika diceburi mempunyai masa depan yang agak cerah di Malaysia kerana kekurangan pakar dan engineer. Jika di Oversea gajinya boleh mencecah RM30 ribu sebulan jika mempunyai pengalaman sekitar 5-10 tahun atau lebih. Dengan syarat kerja yang dilakukan tidak melompat-lompat ke bidang lain.

Senang cerita lagi susah sesuatu pekerjaan lagi secure sebenarnya pekerjaan yang boleh kita peroleh.

Ramai juga kawan-kawan saya yang menceburi bidang MRO selepas tamat grad. Tapi sebenarnya bagi saya bidang MRO ini sepatutnya diceburi selepas tamat SPM atau STPM terus dan mengambil License aircraft Engineer bukan selapas Grad kerana dah buang masa 4 tahun belajar di Universiti dan kemudian kena ambil lagi dalam 4-5 tahun lagi untuk LAE. Sedangkan dalam tempoh ini kita nak berkahwin dan settle down our life. Hehe itu saya la... lain orang lain la spec dan requirements. Masuk bidang ni mmg secure pekerjaan dan gaji pon masyuk.

Kalau nak masuk bidang MRO selepas grad boleh juga mula di Tech Service contohnya MAS Engineering dan Airasia. Boleh tahan jugala kalau ikut jalan ini.

Aerospace dalam bidang Technology Satellite agak kurang pasaran di Malaysia. Namun jika berminat, pasaran-pasaran yang boleh diketahui ialah ATSB, ASTRO ataupun lebih baik sambung masters atau phd sambil buat research di Universiti masing-masing. Kalau hebat boleh kerja di overseas contohnya Astrium atau NASA.

Bidang Aerospace yang agak baru di Malaysia tapi sedang berkembang adalah bidang berkaitan UAV. Apa yang saya boleh lihat dalam bidang ini masih kekurangan pakar dalam programming expert untuk alghorithma penerbangan. Jadi siapa-siapa yang power subject control system dan minat programming bolehlah intai area ini.

Secara kesimpulannya bidang-bidang Aerospace yang sedang berkembang di Malaysia ini ialah :

Stress dan Design : FE, CATIA
MRO : LAE, Tech service engineer
MRB
Composite Repair : advanced composite
UAV : programming

Rajin-rajinlah mengintai peluang.

Tips : jangan letak gaji sebagai keutamaan dulu, cukup sekadar reasonable dan kemudian develop experience perlahan-lahan sehingga tahap expert dalam bidang diceburi. Ingat jangan lompat si katak lompat.

Sendayan Mall

Saturday, December 10, 2011

Drama IRAN-US yang Memualkan!

By : Awaneer

Saya sudah tidak dapat menyembunyikan rasa mual melihat gelagat pelakon-pelakon terbaik dunia ini : IRAN-US-ISRAEL, setelah Iran mendakwa menembak jatuh pesawat UAV RQ170 drone milik US baru-baru ini. Setelah membuat press conference yang penuh tipu daya untuk menipu masyarakat dunia, Iran seolah-olah ingin mendabik dada selaku hero dunia Islam walhal merekalah yang paling banyak membunuh ummat Islam sunni.

Sudah-sudahlah berlakon.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...